YB Dato' Paduka Ahmad Bin Kasim

Pengerusi Kehormat
Yayasan Kanser Malaysia

PENGENALAN

Yayasan Kanser Malaysia

Yayasan Kanser Malaysia merupakan sebuah yayasan yang sentiasa berusaha untuk memperkasakan dan memperkuatkan keupayaannnya di dalam bidang penyampaian, penyelidikan dan khidmat masyarakat dan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi melengkapkan pengetahuan penyakit kanser dan pelbagai perancangan kerjasama dengan pihak-pihak yang lain bagi membantu pesakit pesakit kanser.

Membantu Penghidap Penyakit Kanser

Sejak 2013

1
pesakit
RM 1
dana terkumpul
1
sukarelawan

YB Dato' Paduka Ahmad Bin Kasim

Pengerusi Kehormat
Yayasan Kanser Malaysia

YB Dato' Paduka Ahmad Bin Kasim

Pengerusi Kehormat
Yayasan Kanser Malaysia

Jariah Team

PENGENALAN

Program Siri Jariah 2020

Jariah merupakan program siri 13 episod berbentuk siri realiti yang akan disiarkan di TV RTM peringkat nasional selama tiga (3) bulan. Program ini menyerlahkan kisah dan harapan kehidupan pesakit kanser yang mempunyai mesej positif untuk dikongsi bersama masyarakat umum di Malaysia.

Program televisyen berorientasikan dewasa dan kanak-kanak, sekaligus memberikan semangat kepada pesakit kanser supaya terus kuat melalui ujian dengan tidak menyerah selagi belum dijemput ilahi.

Dengan penampilan selebriti Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don, seorang penceramah bebas, pengacara televisyen dan pensyarah. Program ini akan menceritakan kehidupan harian yang dilalui pesakit dengan menerapkan psikoterapi Islam bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah dimana ianya adalah upaya penyembuhan jiwa (nafs) manusia secara rohaniah emosi, perilaku dan fikiran serta menguatkan kerohanian.

Sokongan psikologi dan motivasi suatu keutamaan dalam membantu pesakit kanser serta harapan mereka dalam kehidupan masa hadapan. Sokongan psikologi dan motivasi suatu keutamaan dalam membantu pesakit kanser, kerana mereka selalunya merasakan hilang segala-galanya selepas disahkan menghidap penyakit ini.

JARIAH merupakan program siri 13 episod berbentuk siri realiti

Program ini bakal menjadi satu-satunya program televisyen realiti yang bakal menyingkap kehidupan pesakit knser serta keluarga mereka yang hidup di dalam kesusahan dalam menjalani kehidupan harian.

Program ini sejajar dengan hasrat kerajaan Malaysia dalam membantu serta membangunkan masyarakat miskin di Negara ini melalui kerjasama pihak-pihak yang berkaitan secara langsung terhadap kehidupan kelompok B40 di Malaysia.